:
Penyelenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi


Semakin banyak juruteknik superbike bertauliah yang diperlukan pada waktu ini kerana kehadiran pelbagai model motosikal di Malaysia.
Tahfiz Vokasional ADDIN dengan kerjasama Kolej Komuniti Bagan Datuk telah membangunkan secara khas sebuah program bergelar “Kursus Penyelenggaraan Motosikal Berkuasa Tinggi" bagi memenuhi keperluan ini.
Kursus ini akan dijalankan secara Modular.

Arena motosikal di Malaysia telah berkembang dengan pesat saban tahun, dengan lebih banyak motosikal pelbagai model dan kapasiti muncul di atas jalan raya, dan juga pelbagai motosikal superbike dari pelbagai pengeluar yang telah diperkenalkan dalam masa yang singkat.

Melalui program ini, para pelajar akan mempunyai kemahiran yang kompeten dalam subjek yang diajar iaitu

  1. Mengamalkan Keselamatan Bengkel
  2. Mengamalkan Organisasi Bengkel Dan Amalan 5”
  3. Menggunakan Peralatan Bengkel
  4. Melaksanakan Khidmat Pelanggan
  5. Melaksanakan Pra Servis
  6. Melaksanakan Proses Menukar Minyak Gear Pacuan Akhir
  7. Persediaan Pra Pemeriksaan Rangka Dan Set Penutup
  8. Melaksanakan Proses Menukar Meter Kelajuan Dan Meter